Wakaf Baikpulih Masjid Bumbung Lima,Kepala Batas


Sabda Rasulullah SAW maksudnya:

"Sesiapa yang membina sebuah masjid kerana Allah,samada kecil atau besar,pastilah Allah akan membina untuknya sebuah rumah(istana) di syurga"

Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Assalamualaikum w.b.t tuan puan yang dirahmati Allah S.W.T,

Setelah sekian lama, masjid ini berkhidmat kepada masyarakat Bumbung Lima. Bilangan jemaah yang hadir semakin bertambah. Namun disebabkan fasiliti yang lama, masjid ini belum mampu memberi keselesaan yang optimum kepada jemaah yang hadir.Oleh itu, diatas keperluan tersebut, kami dari kariah Bumbung Lima ingin menjemput anda semua dalam usaha kami membaik pulih masjid ini yang memerlukan dana sejumlah RM800,000. Namun disebabkan keadaan ekonomi yang mencabar dan kebanyakkan masyarakat disini bekerja sebagai petani, jumlah tersebut adalah besar dan berat untuk ditampung. Oleh demikian itu,inilah saatnya bagi kita untuk berganding bahu dan memberikan sumbangan seikhlas hati untuk memastikan masjid ini kembali menyinar dengan keselesaan yang sebenar. Setiap ringgit yang anda sumbangkan akan membantu dalam usaha memulihkan tempat masjid ini dan memastikan ia kekal sebagai pusat kegiatan berbagai lapisan masyarakat.


Dana yang diperlukan adalah RM800,000.00

"Jumlah tersebut adalah besar dan berat untuk ditampung oleh masyarakat setempat disebabkan ramai diantara mereka bekerja sebagai petani"


Cadangan Pindaan dan Tambahan bagi Masjid Bumbung Lima

image description
image description
image description
image description
image description
Pandangan hadapan
image description
Pandangan sisi kanan
image description
Ilustrasi ruang dari sisi kanan
image description
Ilustrasi ruang dari sisi kiri

Bagaimana Anda Boleh Sumbang?

Anda boleh menyumbang dengan menekan butang dibawah:

Derma Masjid Bumbung Lima

Kesimpulan

Mari kita bersama-sama menjadikan usaha ini sebagai satu kejayaan bersama. Sumbangan anda adalah langkah kecil yang akan membawa erti besar kepada kehidupan Masjid Bumbung Lima dan kepada seluruh komuniti setempat. Kami yakin, dengan kepedulian dan kasih sayang kita, kita mampu menjadikan masjid ini lebih indah dan berfungsi dengan lebih baik.Terima kasih atas sokongan anda. Semoga Allah SWT membalas kebaikan kita dan memberkati usaha kita untuk memulihkan kegemilangan Masjid Bumbung Lima.

Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.